Sunday, January 10, 2016

MELANCONG KE PERTH (Day 1)

Alhamdullillah... terima kasih ya Allah, mama, ayah dan nenek.. tanpa kalian tak dapat la aku jejak kaki di negara 'DOWN UNDER'  ni (ala-ala sabah..dibawah bayu..)
Kami memilih penerbangan Air Asia kerana itu lebih murah berbanding penerbangan yang lain. Perjalanan ini mengambil masa 5 jam, so apa lagi.. tido je la jawabnya.


Bertolak pada 30hb Disember 2015 (musim summer) jam 12.00 pagi... dan sampai pada pukul 5 pagi... cerah juga waktu ni... macam pukul 8 pagi di Malaysia.
Sebelum mendarat, stewardess ada bagi form untuk diisi sebelum ke imigresen mereka. So, kalau ada bawa barang seperti yang dinyatakan dalam form, tandakan aja.. Nanti dah terkantoikan susah.. kalau suruh buang tu okay lagi, jangan kena denda pulak.. menangis la tepi kaunter tu kang. 
Memandangkan kami ada membawa ubat-ubatan, jadi mereka terpaksa la buat pemeriksaan. Semasa pemeriksaan, mereka menyuruh kami beratur dalam barisan (6 orang  dalam satu barisan)  di line yang disediakan, dan pegawai pun bawa masuk seekor anjing untuk menghidu beg-beg kami ni.. Waktu ni, nenek aku la yang kalut, ye la.. kami kan orang Islam... mana boleh pegang-pegang anjing.. Menjerit kat situ..mampu tahan gelak je tengok gelagat nenek..
Settle je pemeriksaan kastam terus pergi kedai fon. Beli simkad yang mengandungi data inernet, senang la nak check in kat facebook, instagram dan sebagainya.. Ada dua telco yang famous iaitu vodafone dan optus. Pilih la mana yang berkenan dihati.

2 minggu sebelum bertolak ke Perth, aku ada buat sedikit survey mengenai tourist attraction di sana dan bagaimana cara untuk sampai ke destinasi tersebut. Google maps sangat membantu. Cuma perlu key in tempat yang ingin dituju dan tekan direction, jangan lupa pula untuk pilih transport. Dalam google maps siap bagitahu lagi nak naik bas nombor berapa! Sangat helpful!! Thank you google maps!!!!


Currency pada waktu ni
RM1 = 3.14 AUS DOLLAR
terkezuttt den waktu nak tuka duit. Mengalir lagi duitku.


Kebanyakan transport yang kami pilih ialah bas dan keretapi. Kalau nak naik bas free, naik la bas CAT (ada lambang kucing pada bas). CAT bermaksud Central Area Transit. Selalunya CAT ni lalu di kawasan yang berdekatan je, kalau destinasi yang dituju tu jauh... kena naik bas Transperth.


Ini la kami punya tentative program.


1st day  = Berjalan area Perth City (Stirling Garden, Bell Tower dan Kings Park & Botanic Garden)
2nd day = Caversham Wildlife Park & Council House
3rd day = Fremantle & Blue boat house
4rd day = Berjalan area Perth City lagi (dah hilang arah sebenarnya... tapi pergi juga Art Museum)
5rd day = Balik!


Keluar je dari airport, kami pergi ke taxi stand. Nak naik bus boleh, taxi pun boleh. No hal. Tapi harga taxi dan bus lebih kurang jer. Kami menginap di Adina Apartment Hotel, ada tempat nak memasak.. ok la tu, kalau kebulur masak aje.. Sampai je apartment, terus terbongkang. Mana taknya, penat kot tido kat kerusi flight yang tak berapa nak empuk tu.. 
Dalam pukul 10 juga la baru keluar dari apartment. 1st day ni plan nak jalan di area bandar jer. Nak kenal-kenal dulu kawasan almaklum la nak duduk 5 hari kottt, kena la kenal kawasan jajahan sendiri. Tempat 1st yang kami pergi ialah Stirling Garden. Jalan kaki je dari apartment. Betul-betul sebelah Council House. Asalnya nak cari Council House, tapi tak jumpa. Mata asyik focus kat Stirling Garden je. Padahal sebelah taman tu aje Council House, itupun baru perasan pada hari kedua. Sadis sungguh la.

Apartment kami...Adina Apartment Hotel..

Waktu kat Stirling Garden tu, kemain lagi beraksi.. Nak ambil gambar la katakan.. Cantik sangat, very the green!




ni la aku.. hehehe


Lepas dah siap ambil gambar, terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Bell Tower. Dari Stirling Garden jalan straight je dah nampak Bell Tower ni. Kalau nak naik Bell Tower ni pun boleh cuma kena bayar je ler.


Ini la Bell Tower


Lepas puas meronda di sekitar Bell Tower, kami pun pergi ke Kings Park & Botanic Garden. Ramai yang kata Kings Park ni wajib dilawati. Pergi sana naik bas tau. Very independent hokayy. Kings Park & Botanic Garden ni tersangatlah besar dan kami pula salah berhenti bus stop. Sepatutnya berhenti di bus stop A tapi pi berhenti kat bus stop Z. Hah, mendaki la engko ke bus stop A tu. Tapi takpe, disebabkan terlalu excited, kami sanggup jalan kaki. 

pemandangan dari atas sewaktu berada di Kings Park.









nenek den pun nak bergambau!

glass bridge
si katik
ini omak den, jangan ingat kakak pulek

Dah puas merayap kat Kings Park ni selama 3 jam, maka kami pun pulang semula ke Apartment dengan menaiki bas. Letih banget!!! Baru 1st day dah penat. Belum lagi hari ke-5.. wuwuwuwuuuuu
Sampai je apartment, masak dulu spagetti dan bolognese yang dibeli pagi tadi di convenience store. Lepas dah makan, apa lagi tido ler.. ibarat ular sawa kekenyangan dah.


Untuk day 2 pula, aku akan update bila free yer.. sebab sekarang pun dah pukul 11.40 malam.. Esok pula kerja.. kalau tak tido, jawabnya esok ting tong la kat tempat kerja. Selamat malam my blog.






No comments:

Post a Comment