Sunday, January 24, 2016

MELANCONG KE PERTH (Day 2)

ok.. sambung balik entri haritu... berkurun lama baru nak buat... selalu takde mood nak menaip..

Pada 31 haribulan Disember 2015(khamis), kami sekeluarga plan nak pergi Caversham Wildlife Park. Ni First time koi jumpa kangaroo dan koala.. jakun seketika.. tapi nak pi Caversham ni pun dugaan jugak..
Mujur keluar hotel pukul 8 pagi.. tambah dengan sesat lagi.. pukul 8 lebih jugak baru dapat naik bas. Perjalanan ke sana pun dah ambil masa 55 minit.

Dari hotel, kami berjalan kaki ke Wellington St Perth station, 2 minit je jalan kaki. Naik bas 950 (towards Morley Bus Station) (fyi: bas ni berbayar tapi kami ingatkan ni free, masing-masing buat muka toya je masuk bas..hehehe) berhenti pula di Russell St After Catherina dan naik bas lagi sekali untuk ke Whiteman Park. Dari Whiteman Park ni la kami berjalan 3 minit untuk masuk ke Caversham ni. Thank you so much google maps for all the info... sangat detail.. sampaikan bus nombor berapa nak kena naik pun dia bagitahu.


Wellington St Perth Stattion ----->  Russell St After Catherina
                                          (23 minit)

Russell St After Catherina  -------> Whiteman Park
                                         (33 minit)


*diingatkan untuk membawa wang kecil sebab driver bas takde duit kecil untuk dipulangkan. Majoriti penduduk disini guna kad. Ala-ala touch n go. Disebabkan kami bawa wang besar, makanya... dia bagi naik free je.. hukhukhuk...


Dulu survey harga masuk Caversham ni 25 dollar.. sekarang dah naik kepada 27 dollar... tapi takpe la.. sebab nak masuk sangat.. bayar aje (duit my mom..tu yang seronok sgtt!!!)





Tempat ni besar jugak la sebab dia bahagikan kepada beberapa section macam kangaroo, wombat and friends, koala dan lain-lain. Tapi yang seronok  bila dapat sentuh kangaroo... kangaroo ni open kot.. takde sangkar bagai. Tapi kangaroo ni.. pemalas dia.. nauzubillah !! nak kasi makan pun kena bagi dekat mulut dia.. tapi yang penting.. sini ada wifi hokayy!!! hahahaha


kangaroo albino



finally.. get to meet the cast of emperor's new groove.. the Llama!! tapi.. bontot je dia kasi.. sadis..


as usual.. nenek the camera ready.. pusing je ke lain tengok- tengok dah posing...
pemalasnya ya rabbi.. makan pun nak bersuap >.<





mommy kangaroo with her joey..



fakta: koala hanya berjaga 4 jam sehari.. seronok jadi ko kan..

dasar koala.. punya aku nak bergambau ko boleh tayang bontot!

gelap pulak.. 






Sampai petang jugak la kami duduk dekat Caversham ni.. Petang hingga malamnya pulak kami berjalan ke Perth City & Court House.. Court House ni cantik sangat pada waktu malam sebab bangunan dia ada lampu..



no idea what it is .. ambik  je ler gambaunye...


so, this is the Court House.. Near Stirling Garden.. nice ha? hehehe








So.. that's all for today.. nak pi tido.. hujan pulak ni.. lagi sodap..
Entri seterusnye ler baru bubuh hari ke-3... byeeeeeee...


No comments:

Post a Comment