Sunday, January 24, 2016

MELANCONG KE PERTH (Day 2)

ok.. sambung balik entri haritu... berkurun lama baru nak buat... selalu takde mood nak menaip..

Pada 31 haribulan Disember 2015(khamis), kami sekeluarga plan nak pergi Caversham Wildlife Park. Ni First time koi jumpa kangaroo dan koala.. jakun seketika.. tapi nak pi Caversham ni pun dugaan jugak..
Mujur keluar hotel pukul 8 pagi.. tambah dengan sesat lagi.. pukul 8 lebih jugak baru dapat naik bas. Perjalanan ke sana pun dah ambil masa 55 minit.

Dari hotel, kami berjalan kaki ke Wellington St Perth station, 2 minit je jalan kaki. Naik bas 950 (towards Morley Bus Station) (fyi: bas ni berbayar tapi kami ingatkan ni free, masing-masing buat muka toya je masuk bas..hehehe) berhenti pula di Russell St After Catherina dan naik bas lagi sekali untuk ke Whiteman Park. Dari Whiteman Park ni la kami berjalan 3 minit untuk masuk ke Caversham ni. Thank you so much google maps for all the info... sangat detail.. sampaikan bus nombor berapa nak kena naik pun dia bagitahu.


Wellington St Perth Stattion ----->  Russell St After Catherina
                                          (23 minit)

Russell St After Catherina  -------> Whiteman Park
                                         (33 minit)


*diingatkan untuk membawa wang kecil sebab driver bas takde duit kecil untuk dipulangkan. Majoriti penduduk disini guna kad. Ala-ala touch n go. Disebabkan kami bawa wang besar, makanya... dia bagi naik free je.. hukhukhuk...


Dulu survey harga masuk Caversham ni 25 dollar.. sekarang dah naik kepada 27 dollar... tapi takpe la.. sebab nak masuk sangat.. bayar aje (duit my mom..tu yang seronok sgtt!!!)





Tempat ni besar jugak la sebab dia bahagikan kepada beberapa section macam kangaroo, wombat and friends, koala dan lain-lain. Tapi yang seronok  bila dapat sentuh kangaroo... kangaroo ni open kot.. takde sangkar bagai. Tapi kangaroo ni.. pemalas dia.. nauzubillah !! nak kasi makan pun kena bagi dekat mulut dia.. tapi yang penting.. sini ada wifi hokayy!!! hahahaha


kangaroo albino



finally.. get to meet the cast of emperor's new groove.. the Llama!! tapi.. bontot je dia kasi.. sadis..


as usual.. nenek the camera ready.. pusing je ke lain tengok- tengok dah posing...
pemalasnya ya rabbi.. makan pun nak bersuap >.<





mommy kangaroo with her joey..



fakta: koala hanya berjaga 4 jam sehari.. seronok jadi ko kan..

dasar koala.. punya aku nak bergambau ko boleh tayang bontot!

gelap pulak.. 






Sampai petang jugak la kami duduk dekat Caversham ni.. Petang hingga malamnya pulak kami berjalan ke Perth City & Court House.. Court House ni cantik sangat pada waktu malam sebab bangunan dia ada lampu..



no idea what it is .. ambik  je ler gambaunye...


so, this is the Court House.. Near Stirling Garden.. nice ha? hehehe








So.. that's all for today.. nak pi tido.. hujan pulak ni.. lagi sodap..
Entri seterusnye ler baru bubuh hari ke-3... byeeeeeee...


Thursday, January 14, 2016

GIANE 35 : Pil Hormon dan jerawat

Semalam, aku pergi Celestial Avenue Sdn bhd (Pahang Polyclinic Surgery & Maternal Child Health Centre) dekat dengan Satay Zul East Coast Mall.

Waktu operasi klinik:

10.00 a.m - 1.00 p.m
3.00 p.m - 5.00 p.m
7.30 p.m - 9.30 p.m

Aku pergi sesi malam sebab siang sibuk bekerja. Aku ingatkan aku dah sampai awal, rupanya ada lagi awal dari aku. Ramai pulak tu, dalam setengah jam jugak tunggu nak jumpa doktor.
Bila dah sampai je turn aku... doktor pun tanya la.. apa masalah aku?
Aku pun jawab la yang period aku tak teratur dan ada masalah jerawat yang sangat seriusssss...


Mula-mula dia cakap hormon aku mungkin tak stabil sebab dia ada nampak jerawat kat muka dan misai atas bibir aku.. aku pun iyakan aje.. dia kan doktor..mesti la dia yang lebih tahu.. lepas dah puas sembang (sempat lagi bersembang) dia mintak nak scan rahim aku..
waktu nak scan tu, dia suruh bukak seluar.. mak aihhh, malu kot time ni... tapi nasib baik ada nurse.. jadinya dia la yang tolong aku baring dan letak kain kat perut buncit aku ni.. Lepas dah bubuh gel kat rahim, Doc pun scan.. dia kata takde mende pun.. kosong je.. jadi memang betul la telahan dia yang hormon aku ni tak stabil. Mana taknya.. siap boleh tumbuh misai kot kat atas bibir... macam laki dah.. Dia pun bagi la ubat ni nama dia GIANE 35... untuk stabilkan hormon raksasa aku ni... untuk jerawat aku pula, dia bagi antibiotik sebanyak 75 biji (nak suruh aku makan macam nasi ker..hehehe)
Tak dilupakan jugak krim malam untuk surutkan jerawat ni. GIANE 35 ni ada 21 biji pil je.. dalam sebulan tu kena makan 21 hari (berderet) lepastu 7 hari berhenti dan ulang lagi bulan seterusnya.


ini la GIANE 35. Tak boleh skip hokayy..
ni pulak Antibiotik yang Doc suruh makan

Lepas dah settle dekat klinik ni, aku pun melangkah keluar... dekat luar, nampak kecoh sangat.. rupa-rupanya ada kes ragut dekat area Malay Town tu.. Berani betul la peragut ni.. kat tempat awam pun boleh meragut lagi. Tak kesian ke dekat orang yang bersusah payah mencari rezeki halal, tapi engko pulak pi meragut. Ingatlah, doa orang teraniaya ni selalu termakbul. Dunia zaman sekarang ni.. dah tunggang terbalik.. huru hara.. kacau bilau.. semoga Allah sentiasa melindungi aku dan keluarga aku.. hmmm..

hah, berbalik semula cerita aku yang kat klinik tu.. Bulan depan nak kena jumpa Doc tu lagi.. Siap dah set tarikh lagi. Harap- harap dengan makan ubat ni, kulit dan badan  aku menjadi normal seperti zaman sekolah dulu..wuwuwuwuuw

Waktu nak bayar ubat ni.. nak nangis rasa.. TOTAL semua RM 210.00 kot. Terketor-ketor tangan nak bagi duit.
Mungkin sebab aku scan rahim kot. Takpe la, duit boleh dicari.. tapi rahim tidak... cewahh (tiba-tiba terbayangkan Rahim Razali pulok)
Memandangkan malam semalam start makan ubat, jadi hari ni aku dah nampak kesannya..
Period jadi lagi banyak, badan rasa letih, dan cepat mengantok.
Doc pernah pesan... nak stabilkan hormon ni ambil masa 3-6 bulan jugak.. tapi yang aku ni drastik sangat kot.. huhuhuh.. mungkin berbeza bagi setiap individu.


Itu saja untuk hari ni... yang ikhlas lagi kiut miut
Ms. Zee

Sunday, January 10, 2016

MELANCONG KE PERTH (Day 1)

Alhamdullillah... terima kasih ya Allah, mama, ayah dan nenek.. tanpa kalian tak dapat la aku jejak kaki di negara 'DOWN UNDER'  ni (ala-ala sabah..dibawah bayu..)
Kami memilih penerbangan Air Asia kerana itu lebih murah berbanding penerbangan yang lain. Perjalanan ini mengambil masa 5 jam, so apa lagi.. tido je la jawabnya.


Bertolak pada 30hb Disember 2015 (musim summer) jam 12.00 pagi... dan sampai pada pukul 5 pagi... cerah juga waktu ni... macam pukul 8 pagi di Malaysia.
Sebelum mendarat, stewardess ada bagi form untuk diisi sebelum ke imigresen mereka. So, kalau ada bawa barang seperti yang dinyatakan dalam form, tandakan aja.. Nanti dah terkantoikan susah.. kalau suruh buang tu okay lagi, jangan kena denda pulak.. menangis la tepi kaunter tu kang. 
Memandangkan kami ada membawa ubat-ubatan, jadi mereka terpaksa la buat pemeriksaan. Semasa pemeriksaan, mereka menyuruh kami beratur dalam barisan (6 orang  dalam satu barisan)  di line yang disediakan, dan pegawai pun bawa masuk seekor anjing untuk menghidu beg-beg kami ni.. Waktu ni, nenek aku la yang kalut, ye la.. kami kan orang Islam... mana boleh pegang-pegang anjing.. Menjerit kat situ..mampu tahan gelak je tengok gelagat nenek..
Settle je pemeriksaan kastam terus pergi kedai fon. Beli simkad yang mengandungi data inernet, senang la nak check in kat facebook, instagram dan sebagainya.. Ada dua telco yang famous iaitu vodafone dan optus. Pilih la mana yang berkenan dihati.

2 minggu sebelum bertolak ke Perth, aku ada buat sedikit survey mengenai tourist attraction di sana dan bagaimana cara untuk sampai ke destinasi tersebut. Google maps sangat membantu. Cuma perlu key in tempat yang ingin dituju dan tekan direction, jangan lupa pula untuk pilih transport. Dalam google maps siap bagitahu lagi nak naik bas nombor berapa! Sangat helpful!! Thank you google maps!!!!


Currency pada waktu ni
RM1 = 3.14 AUS DOLLAR
terkezuttt den waktu nak tuka duit. Mengalir lagi duitku.


Kebanyakan transport yang kami pilih ialah bas dan keretapi. Kalau nak naik bas free, naik la bas CAT (ada lambang kucing pada bas). CAT bermaksud Central Area Transit. Selalunya CAT ni lalu di kawasan yang berdekatan je, kalau destinasi yang dituju tu jauh... kena naik bas Transperth.


Ini la kami punya tentative program.


1st day  = Berjalan area Perth City (Stirling Garden, Bell Tower dan Kings Park & Botanic Garden)
2nd day = Caversham Wildlife Park & Council House
3rd day = Fremantle & Blue boat house
4rd day = Berjalan area Perth City lagi (dah hilang arah sebenarnya... tapi pergi juga Art Museum)
5rd day = Balik!


Keluar je dari airport, kami pergi ke taxi stand. Nak naik bus boleh, taxi pun boleh. No hal. Tapi harga taxi dan bus lebih kurang jer. Kami menginap di Adina Apartment Hotel, ada tempat nak memasak.. ok la tu, kalau kebulur masak aje.. Sampai je apartment, terus terbongkang. Mana taknya, penat kot tido kat kerusi flight yang tak berapa nak empuk tu.. 
Dalam pukul 10 juga la baru keluar dari apartment. 1st day ni plan nak jalan di area bandar jer. Nak kenal-kenal dulu kawasan almaklum la nak duduk 5 hari kottt, kena la kenal kawasan jajahan sendiri. Tempat 1st yang kami pergi ialah Stirling Garden. Jalan kaki je dari apartment. Betul-betul sebelah Council House. Asalnya nak cari Council House, tapi tak jumpa. Mata asyik focus kat Stirling Garden je. Padahal sebelah taman tu aje Council House, itupun baru perasan pada hari kedua. Sadis sungguh la.

Apartment kami...Adina Apartment Hotel..

Waktu kat Stirling Garden tu, kemain lagi beraksi.. Nak ambil gambar la katakan.. Cantik sangat, very the green!




ni la aku.. hehehe


Lepas dah siap ambil gambar, terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Bell Tower. Dari Stirling Garden jalan straight je dah nampak Bell Tower ni. Kalau nak naik Bell Tower ni pun boleh cuma kena bayar je ler.


Ini la Bell Tower


Lepas puas meronda di sekitar Bell Tower, kami pun pergi ke Kings Park & Botanic Garden. Ramai yang kata Kings Park ni wajib dilawati. Pergi sana naik bas tau. Very independent hokayy. Kings Park & Botanic Garden ni tersangatlah besar dan kami pula salah berhenti bus stop. Sepatutnya berhenti di bus stop A tapi pi berhenti kat bus stop Z. Hah, mendaki la engko ke bus stop A tu. Tapi takpe, disebabkan terlalu excited, kami sanggup jalan kaki. 

pemandangan dari atas sewaktu berada di Kings Park.









nenek den pun nak bergambau!

glass bridge
si katik
ini omak den, jangan ingat kakak pulek

Dah puas merayap kat Kings Park ni selama 3 jam, maka kami pun pulang semula ke Apartment dengan menaiki bas. Letih banget!!! Baru 1st day dah penat. Belum lagi hari ke-5.. wuwuwuwuuuuu
Sampai je apartment, masak dulu spagetti dan bolognese yang dibeli pagi tadi di convenience store. Lepas dah makan, apa lagi tido ler.. ibarat ular sawa kekenyangan dah.


Untuk day 2 pula, aku akan update bila free yer.. sebab sekarang pun dah pukul 11.40 malam.. Esok pula kerja.. kalau tak tido, jawabnya esok ting tong la kat tempat kerja. Selamat malam my blog.