Thursday, February 21, 2019

Jerawat dalam telinga

Selepas satu masalah selesai..satu lagi masalah timbul..
permulaan 2019 tak bermula dengan baik..
Ingat lagi tak kejadian telinga aku tersumbat?


Tapi kali ni berbeza...


Semua bermula pada satu hari..
Bangun je tido, telinga berdenyut sangat2.. tapi waktu tu tak syak apa-apa lagi.. sampai la keluar dari bilik air. Telinga berdengung habis. Hah sudah!!! Nak pekak balik..ni konpom ade ulat masuk telinga sebab aku rajin gile kot korek pakai pengorek telinga.


Disebabkan aku rasa konpiden sangat...aku pun korek jugak telinga aku..kot la ulat keluar ke apa kan..


Berdenyut denyut..sakitnya makkkkk
Dalam kepala dah pikir..ah sudah..mesti kutu tengah isap darah ni sebab besar gila kutu lekat dekat dinding telinga..google punya google..aku pun decide la nak sapu minyak gamat dalam telinga dengan harapan kutu tu tertanggal..nak masukkan kapas pun dah sakit boleh pulak nak celek kat badan kutu tu..sakitnyeeeeeee..huwaaaa


Tapi yang hairannya aku jalani hidup aku dengan tenang walhal telinga tu dah berdenyut denyut sampai rasa nak demam..
Keesokkan hari baru la dugaan tu datang lagi sekali.. nak dijadikan cerita aku boleh rasa telinga bergerak sebab denyutan tu makin kuat..takleh jadi ni..
Sampai je opis rasa cam badmood semacam je..nak marah orang je..
Sebab telinga dah sakit sangat..


Last-last aku serah diri je kat putramedik..padahal nak gi klinik utc je tapi sebab tunang aku malas nak tunggu..pasrah je la..Alhamdulillah sepanjang berdaftar n proses menunggu tu..sekejap sangat..baru je duduk tak sampai 1 minit terus kena panggil.. selalu berpuluh minit gak nak tunggu..
Mengadu punya ngadu...lepastu doktor cek telinga..
rupanya ada jerawat dalam telinga!!!





Nampak tak yang aku bulatkan merah tu...? haaaa.. kat situ la jerawat tu bertapak. Sejak kes telinga tersumbat 4 tahun lepas, aku memang dah tobat nak jaga telinga aku...tapi tak sangka kejadian macam ni nak jadi. Jaga macam mana pun, kalau menda nak jadi..jadi jugak..


sekian kisah hidupku.......

Tuesday, January 1, 2019

BERMULA NYA AZAM 2019

Cepat masa berlalu. Rasa macam baru lagi 2018...macam biasa tiap2 tahun azam nak kurus.. tapi tak pernah pun berhasil...semua kelaut..
jadi sekarang dah matang sikit, boleh pikir secara relevan apa azam dan impian yang nak dicapai untuk tahun 2019 ni.

Start tahun ni.. perkara paling utama yang nak dilakukan ialah menjaga hubungan dengan Pencipta yang Maha Esa. Kedua hubungan sesama manusia. Habluminallah habluminannas. Lepastu berbakti pada orangtua ku...tinggal lagi 10 bulan lagi nak jadi anak kesayangan..pasni nak kawin..

Bila pikir balik..apa yang aku dah buat sepanjang 2018 ni..memang banyak bende dah buat..tapi apa yang aku dah buat untuk diri aku dan orang sekeliling ni..macam takde..takde satu kebaikan pun yang aku dah buat.. jadi azam keempat aku ialah membantu setiap orang yang memerlukan dari segi fizikal, emosi dan kalau ada rezeki lebih.. Insyaallah dari segi wang.

Nak berubah ni mungkin ambil masa tapi kena sentiasa istiqomah..dan aku berharap diri aku dipertemukan dengan orang yang baik2 dan kurangkan la mencarut bila bawak kereta sebab aku ni jenis temper bila bawak kereta T_T

Dan semoga aku dimurahkan rezeki yang melimpah ruah... nak kawin tapi takde duit..baru nak kumpul duit..yapeedaaaa.. tolong la jangan jadi macam aku..sekarang dah buat part time..bukan 1..bukan 2..tapi 3 hokeeeeyyy..

Siang hari kerja sebagai pembantu akauntan, malam kerja jual kasut online dalam masa yang sama jual popcorn lepastu buat pulak side income baru which is buat sticker untuk belon dan gift. Semua area Kuantan sajo.. Buat semua ni saja dah letih, mental kadang2 down.. belum lagi dapat cust yang nak cancel last minit.

Kena bertahan sampai aku dah kawin.. belum lagi dugaan nak kawin ni.. nak cari rumah sewa pun hazabbbb.. sabau jo la... apa2 pun semoga urusan ku dan reader di luar sana dipermudahkan olehNya. Aminnn


Yang Ikhlas,
Ms.Zee