Wednesday, August 24, 2016

Solusi masalah jerawat dengan Klinik Ko

gambar ehsan dari Google


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis entri baru. Bulan ini merupakan bulan ketiga aku makan ubat dari Dr.Ko ni. Sebelum ni pernah pergi poliklinik dekat Kuantan dan ambil ubat untuk jerawat dan hormon namun keputusan mengecewakan (mungkin tak sesuai dengan badan aku kot). Jerawat makin berleluasa dan hampir menjajah keseluruh mukaku tapi Alhamdulillah period dah kembali teratur.

Jadi, aku tekad untuk pergi ke Klink Ko untuk dapatkan rawatan selanjutnya. Hati dah meronta-ronta sangat nak pergi klinik ni. Bermulalah perjalanan aku ke Klinik Ko ni pada 6 Jun 2016.  Waktu ni bulan Ramadhan tauuuuu.....

Pertama kali jejak kaki ke Klinik Ko, aku disambut dengan senyuman menawan para pekerja klinik. Kulit pekerja Klinik Ko pun macam kulit telur dah aku tengok. Licin bersih je. Rasa nak usap-usap je pipi diorang ni. Baru konpiden sikit aku nak jumpa doktor kat sini...heheheh
Waktu jumpa doktor (Dr.Isabel), terkedu kejap tengok doktor sebab cantik !!! Memang lagi membara la nak jadi cantik (poyo sat)....

Doktor pun analisa la kulit aku, dia kata muka aku ni berjerawat disebabkan hormon tapi dia akan bagi ubat antibiotik untuk bunuh kuman kat muka aku ni. Lepastu dia tambah lagi ubat untuk kurangkan minyak kat muka. Ubat ni warna ungu, dan dipercayai mempunyai bahan X. Aku pun tak tahu la X tu apa tapi doktor cakap ubat ni tak boleh dimakan oleh wanita mengandung sebab boleh mengakibatkan kecacatan pada janin. Tak cukup dengan tu, dia tambah lagi ubat jerawat yang aku sendiri tak tahu apa kandungan dia. Gedebak gedebuk... Total semua RM380. Oklah tu..memang ikut bajet aku tak nak lebih dari RM400.






Mula-mula doktor tanya betul ke aku nak makan ubat ni waktu bulan puasa? sebabnya ubat ni boleh buat bibir dan kulit kering yang teramat, dia cadangkan aku makan lepas raya je. Disebabkan aku betul-betul tekad, aku cakap kat dia yang aku nak jugak makan ubat ni...
Apa yang menyebabkan aku tekad sangat ialah sebab raya dah nak dekat! Aku dah penat dengan mulut saudara mara cakap pasal muka aku ni. Dah macam takda topik lain nak disembangkan. Kalau bab nak mengondem aku memang laju ajeeeeeeeee..... penat nauzibillah kalau nak bersemuka semua sanak saudara ni..................................................................................................................................................


Berbalik pada cerita aku tadi, minggu pertama makan ubat klinik ni.... bibir kering sangat-sangat. Padahal aku dah minum air banyak..sampai kembong perut nak telan.. Waktu ni tak nampak sangat perubahan kat muka. Masuk je minggu kedua, Kulit aku dah tak berminyak, kalau dulu... masuk je pukul 11 atau 12 pagi mesti berminyak macam pukul 5. tapi sekarang tak dah.. happy wooooo... Jerawat pulak dah mengecut cuma tak berkurang lagi, yela baru 2 minggu kan.


Tibanya waktu raya (cukup sebulan ambik ubat klinik), semua sanak saudara kata muka aku makin molek. hihihi. Happy kotttt.. Rasa nak nangis pun ada. So sekarang nak teruskan ubat Klinik Ko ni lepastu nak try produk dia pulak. Biar mahal tapi berbaloi. Banyak jugak tips yang doktor bagi kat aku. Contohnya macam mana nak elak muka kusam.. dia kata beli lah sunblok dia.. harga RM180. Menangis aku tgk produk dia.. secoek je ponnnn.. hahaha.. aku kata kat dia yang aku tak mampu nak beli, doktor tu pun bagi cadangan beli sunblock kat farmasi yang ada water based, spf 50++ dan bla bla bla (banyak jugak ceramah dia). Senang citer, bagitahu je doktor tu berapa bajet kita, nanti dia akan beri ubat mengikut kesesuaian bajet. Kalau tak nak beli apa-apa ubat dari Klinik Ko, sekadar jumpa doktor (consult) kena bayar consultation fees sebanyak RM50. Kalau dah beli ubat dari klinik, fees tu takkan dikira dah.


Dibawah ni aku lampirkan gambar muka aku yang tak berapa lawa ni...













Selepas 2 bulan....







Selepas 3 bulan...






Sekian sahaja kisahku pada hari ini. Assalamualaikum..

114 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hye.. awak consume ubat purple & antibiotik tu utk 3 bulan jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Ubat antibiotik saya consume selama sebulan sahaja.
      Ubat purple dah 6 bulan tapi dos ubat akan dikurangkan dari masa ke semasa..

      Delete
    2. nk tnye brpe lama awk makn ubt warna purple 2

      Delete
    3. Lebih kurang 6-7 bulan jugak la..lepastu sy stop sendiri..

      Delete
  3. sy mkn ubat purple bru 1 bln .. utk bln puasa sy stop sbb tkut bibir kering sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu bulan puasa nanti mmg bibir akan kering..kena banyakkan minum air lepas berbuka dan masa sahur..

      Delete
  4. Hi. Nak tanya sekali beli ubat tu mmg dia bg untuk sebulan ke? Cukup2 utk sebulan atau kurg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..kalau doktor sarankan mkn ubat setiap hari.. Dia mmg akan provide ngam2 30 biji..ubat makan sebiji sehari..tak blh lebih.. Dah nak habis ubat, baru buat next appointment dgn doktor..

      Delete
    2. Cleanser toner sunblock semua awak pakai brand apa eh? Boleh share? Sbb sy makan ubat Dr.ko jugak skrg.

      Delete
    3. Klu tnya doktor kat klinik..mmg dia akan suggest produk dia la jwbnyeeeeeee..hehehe
      Mula2 pakai la jugak pencuci muka klinik dr.ko tp takde beza pun..so sy tukar pakai cetaphil..utk moisturizer sy pakai bio-essence hydra tri-acrion..kalau sunblock pulak pakai sunplay skin aqua uv watery essence..

      Delete
    4. ada skit belakng x mkn ubt nie awk...

      Delete
  5. omg ! saya pun bekas pesakit Dr Ko , pernah consume ubat ni utk 6 bulan . Memang berkesan kan , kita pun muka merah2 jrawat banyak , sekarang dah licin , tapi still naik jugak la jerawatnyer cuma dah tak meriah macam dulu . Memang puas hati berabis 300x6bln . cuma saya menten pakai cleanser Dr Kho sbb takut nak tukar pencuci muka , muka sensitif . huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh hi geng! Hehehe
      Sy stop ubat sebab pikir jangka masa panjang jer.. Nanti nak kawin mesti nak zuriat.. So saya stop smpai penggunaan 6 bulan jer..
      Skrg pandai2 ler control minyak kat muka ni..

      Delete
    2. hi, nak tanya. you ambik treatment tak? facial? laser?

      Delete
  6. Salam. Awak pegi klinik dr ko memang minta ubat saja atau ada buat rawatan skali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Waktu mula2 saya pergi dr ko untuk consultation tu doktor kenal pasti dulu apa masalah kulit saya. Dari situ la doktor bagi cadangan bagaimana utk kurangkan jerawat saya. Dia ada bagi cadangan kalau nak yang elok tentu la amik rawatan yang mereka sediakan spt laser, facial n skincare klinik. Tapi disebabkan takde bajet, doktor bagi saya makan ubat untuk control jerawat saya tu pun dah banyak membantu kurangkan jerawat. Kalau ada duit lebih, saya beli la produk diorg mcm cleanser ke..ubat jerawat ke..tu pun beli yang kategori 'murah' punya. Huhuhu

      Delete
    2. Boleh tak kalau p consultation je? Sebab nak tahu kulit jenis apa. Sebab saya tak tahu skin type saya jenis apa. Waktu consultation tu, dia analysis skin guna mesin ke? ASAP

      Delete
    3. Sorry lambat..saya betul2 tak perasan komen yang ni..kalau consult shj pun blh..waktu saya pergi tu dia just tgk skin saya..takde mesin mcm kat hanan medispa tu..tapi tak tahu la kalau dr.ko cawangan lain mcm mana..

      Delete
  7. Asslamulaikum Ms.ze...time period boleh ke makan ubat dr ko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Mondome... saya pernah tanya doktor, dia kata boleh makan waktu period tapi saya makan..period saya jadi tak teratur..

      Delete
    2. Sy pun makan jadi period xteratur . Jadi 2minggu sekali period. Adoiii stress plak ahabbaah

      Delete
  8. Hi, ubt antibiotik tu consume sebulan, sebiji stiap hri ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer..sehari sebiji.. doktor akan bagi 30 biji..

      Delete
    2. Hi ms. Zee. Nak tanya, awak pergi branch mana ya ?

      Delete
    3. @hazwani saya pergi cawangan kuantan..sama macam yg dlm gambar saya post tu..

      Delete
  9. Hi, ubt antibiotik tu consume sebulan, sebiji stiap hri ker?

    ReplyDelete
  10. Hai assalamualaikum. Kalau nk pergi dr ko. Kne buat appointment dlu tak? Or bleh trus pergi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh je pergi dulu..tapi sanggup ke tunggu lama? Hehehe so apa2 buat appointment dulu..

      Delete
  11. Sis nak tanya pil purple tu apa ek nama dia? Sy ada mkn juga. Tp bkn dr ko, pergi klinik kulit. Pil purple tu bkn hormon kan? Sbb ada kwn ckp kalau mkn pil hormon susah pregnant. I pun mkn antibiotik n pil purple tu. Tp antibiotik 1st month je lpstu stop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu nama pil tu sebab saya pernah dah tanya doktor tapi doktor taknak jawab..
      Memang betul tak blh pregnant makan pil ni sebab kalau jadi patient dr.ko, kami kena sign perjanjian yang tak blh salahkan klinik kalau tak blh mengandung/gugur.. mkn pil ni pun period saya tak teratur..tapi doktor kata period saya takde kaitan ngan pil dia..huaaaa

      Delete
  12. docter ad bgtau tak xboleh prgnnt brp lama lepas amik ubt tu? Brp tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah tanya soklan ni pada doktor sebelum ni. mereka ckp...lepas stop ubat dah boleh try dapatkan anak..tp sy penah baca review di internet yang ramai susah nak conceive lepas stop ubat mereka.

      Delete
    2. Saya pernah makan ubat purple tu dari klinik KO selama 2 tahun...lepas tu stop untuk dapatkan zuriat...lepas sebulan stop alhamdullilah pregnant.

      Delete
    3. Period sis teratur x bila makan pil tu?

      Delete
  13. Sy bru consume pil..sy hrap menjadi ..Muka sy mcm awk laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga berjaya yer..lagi satu jgn berharap sgt pada ubat..pemakanan & gaya hidup pun kena jaga..huhuhuh

      Delete
  14. Kalau mula mula pergi klinik tu. Kene cas tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau consult shj dgn doktor kena caj rm50..
      tp kalau setuju nak teruskan ambil ubat selepas consult dengan doktor tu...caj rm50 takkan dikenakan..

      Delete
  15. Replies
    1. eh..saya pun lupa makan pagi ke malam...tapi saya rasa saya mkn malam kot..sebab siang hari makan ubat ni mesti dahaga giler.. doktor pun pesan minum air banyak2..bibir jadi kering sangat..

      Delete
  16. Sy baca komen2 kat sni psl pil purple ssh nak ngndung tu... Sy nak stop la.. Sbb sy bru mkn smgu da... Risau plak.. Sy nk hbiskan ubat antibiotik jela lps ni.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pandangan sy..kalau awk nak mengandung dlm masa tdekat..mmg wajar la stop dulu..tp kalau plan nak dptkan cahaya mata brberapa thn lgi..sy rasa awk patut sambung mkn je..apa2 pun berbincang dulu dgn doktor awk yer..

      Delete
  17. Assalamualaikum...kakak..saye dah makan ubat ni sebulan dh cume Sye nk tnye ape name ubat tuu? ....sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sorry reply lambat..
      Nama ubat kalau tak silap accutane..tp ubat ni ada 3 kaler yg menunjukkan dos yg berbeza..tp kat dr ko dia bgi yg kaler purple je kalau x silap..kot org lain dpt kaler lain xtau la..hehehe

      Delete
  18. Nk tnya ubat dye tu x leh bli kt mna2 klinkk lain kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh tp kena consult dulu ngan doktor sbb ubat ni ubat terkawal yg memerlukan preskripsi doktor..

      Delete
    2. ubat antibiotik and yang purple tu cost rm brape?

      Delete
  19. Hii, awak guna cleanser dr ko tu ok tak? Saya plan nak guna produk dia, tapi tak nak makan ubat. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Umairah..waktu sy pakai cleanser dia..kulit sy ok tp dsebabkan harga so sy tukar lain..awk try la produk dia mesti puas hati..hehehe

      Delete
  20. Tula. Selain dr cleanser awak ada pkai yang lain lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah pakai ubat jerawat dia..yg tu mmg puas hati pakai..nak naik jerawat je, terus sy tepek..esok luse dah surut/kering.

      Delete
  21. Salam..sy nk tnya awk psal ubat accutane,klau ambik ubat ni kne stop brp lme ye untuk plan prengnt

    ReplyDelete
  22. Salam..sy nk tnya awk psal ubat accutane,klau ambik ubat ni kne stop brp lme ye untuk plan prengnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni saya x pasti sbb sy pernah tanya pihak dr ko, mereka kata lepas stop dah boleh usaha dptkan anak tp tu la.. sy pun masih belum ada rezeki zuriat lagi.

      Delete
    2. Sy pernah ambik ubat ni 2bulan,skrng dah stop 3bln dah tp tkut nk iktiar hmil sbb sy bce feedback ad setengah dr suruh jarakan 6bln tp ada jugk yg ckp 3bln confius pulak huhu

      Delete
    3. Hai nk tnye klau sy stop mkn pil accutance dgn antibiotik tu nti ade efek lain x ??

      Delete
    4. kalau tiba2 stop, maka efek dia ialah kulit kita kembali menjadi yg asal..sbb tu doktor akan guide kita brp lama ubat perlu diambil bagi memulihkan kulit.

      Delete
  23. Sis Ms.ze boleh wsap sy x nk tnya psal ubat ni plezz 0133235802 tq

    ReplyDelete
  24. The active ingredient of the purple pills is isotritenoin. It is commonly used for the treatment of acne (under supervision of specialist). Avoid pregnancy at all cost during treatment with isotritenoin. There is evidence of risk of malformation to the foetus if taken during pregnancy. But worry not, just inform your doctor of you're planning to conceive, at least a month before (the earlier the better). They will advice you accordingly.

    ReplyDelete
  25. Salam. Kalau lelaki boleh ke buat treatment ni? Tq .

    ReplyDelete
  26. Wsalam..boleh tiada masalah

    ReplyDelete
  27. isteri sy ada makn ubat ni ..dalam tempoh makan ubat ni ..isteri sy mengandung ..so sy suh dy stop ubt tu ..baru makn 3 bulan ...ade ke kesan pda anak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ni saya rasa patut consult dgn doktor sakit puan..risau kalau ada kesan sampingan di masa hadapan..

      Delete
    2. assalamualaikum kak....selain mkn ubat,mmng akak xbuat treatment ke?kalau akak buat,harganya berapa?

      Delete
    3. assalam nk tanya ada effect apa2 tak dekat baby?

      Delete
  28. salam.saya nk tanya,klinik dr ko ni boleh buat rawatan untuk parut keloid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. boleh rasanya. tapi dekat klinik biasa pun ada juga yg boleh buat rawatan parut keloid.

      Delete
  29. Salam. Ubat purple tu mula2 awk mkn brapa biji ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. mula2 makan ubat purple tu 30 biji sebulan bagi bulan pertama hingga bulan ketiga
      kemudian bulan keempat dan berikutnya baru dos dikurangkan.

      Delete
  30. Salam. Ubat purple tu mula2 awk mkn brapa biji ya?

    ReplyDelete
  31. Salam, awak takde pakai apa apa ubat sapu untuk jerawat ke? Klu ada nak tahu ubat apa yg effective untuk jerawat. Boleh share skincare routine tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat jerawat sy pakai ubat dr ko..mmg cepat jerawat kecut..skrg jerawat mmg jarang naik dah walaupun dah lama x visit dr ko.. skincare routine biasa je..pakai cleanser, toner, moisturizer & sunscreen..

      Delete
  32. Salam kak,pil purple tu boleh hilangkan bekas jerawat sekali ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..pil tu bukan utk kurangkan bekas jerawat tapi untuk mengurangkan minyak & jerawat je..bekas jerawat kalau nak hilang kena buat treatment needle..kena pergi klinik aesthetic spt dr ko 😁

      Delete
  33. Semua ubat tu kalau consume kene bayar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ubat memang berbayar ye..jumpa doktor utk consult shj dah kena rm50..

      Delete
  34. Kalau consume ubat tu kena bayar ke?

    ReplyDelete
  35. Saya xtau nk g klinik mana..mb minggu depan nk g dr ko.xtahan la hai dgn jrawat yg naik nj..amik masa berapa lama tuk jrwat ok. N then sy da g consultan.dia ada 2 pckge..rm1399 n 2099..bezanya 2099 tu tmbh buat laser..sy pon xtau amik mne..sbb rabak juga duit .tp nk muka ok kena bt pmlihan.de setgh blogger dia xamik pon laser..just ubat je n facial tp tgok cm tu pon de result baik.di lema la gak..nk p klinik lain xnmpak la review klinik lain.adakah sy ptot pg dr ko ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sewaktu sy consult dgn dr di dr ko tu..sy terus terang je ckp pd dr yg bajet sy cume rm300-400..so dekat situ dr tolong la kita ambil apa yg patut..laser n facial tu kmudian hari blh ambil..apa2 pun beritahu dr dulu situasi kita..

      Delete
    2. Nk tahu klinik ni untuk rawatan apa lg yaa..

      Delete
  36. Kalau untuk mSalah selain dari jerwt.. Mcm panau ke kurap ke boleh ke x

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rasanya..apa2 pun boleh cuba call dulu klinik ye

      Delete
  37. Boleh wasap saya x... 01156614662..plizzz...

    ReplyDelete
  38. Nak tanya, ubat jerawat yang awak guna tu macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat jerawat dr ko ni tube warna putih & penutupnya warna biru..nama pada ubat tu Dermax acne therapy solution..

      Delete
  39. Kalau jerawat badan blh ker dtg treatment and jerawat tu membesar and xnk hilang, dia jadi mcm daging lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je datang consult dengan doktor tapi saya rasa tu keloid.. bukan jerawat dah..

      Delete
  40. Salam nak tanya. Guna skincare apa ya yg ok selain dr.ko? Skincare dr.ko a bit pricey la. Ur skin oily type ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..sekarang sy guna sebamed for sensitive skin..skin type saya jenis oily..

      Delete
  41. Salam Dr sy ada masalah kulit kepala gatal dan mengelupas... Pe rawatan ye sampai bila cuci dia timbul balik sampai mcm berkerak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..sy bukan dr ye huhuhu.. utk kes mcm ni baik cepat2 pergi klinik kulit..takut melarat dikemudian hari..

      Delete
  42. Hi. Boleh saya tahu harga accutane untuk sebulan sahaja? Tanpa antibiotik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..harga utk 30 biji/sebulan ialah rm90..mereka caj sy rm3 sebiji huhuhu

      Delete
  43. Assalamualaikum nk tnyaa,klau harga accutane tu RM 90 untuk sebulan,yg total smpai RM 380 tu harga untuk ape lgi ye? And tahun 2021 ni harga accutane tu masih maintain ke RM 90 sebulan? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dear... untuk permulaan, doc bagi saya ubat antibiotik dan krim sapu.. itu yang menyebabkan total jadi rm380 :)

      Delete
  44. Salam, antibiotik tu makan utk sebulan je ke? Pastu stop? And Ubat purple tu pulak kena makan sampai doktor kata stop kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..ye makan utk sebulan sahaja.. ubat purple sy mkn hingga 6-7 bulan dan sy stop sendiri..

      Delete
    2. Sy pun skrg ni sedang on going ubat dri dr.ko. dah 2 bulan still ambil antibiotik. Xpe ke?

      Delete
  45. Awak..berapa cost mula² awk pergi Tu..saya serius nk pergi..trok sgt muka

    ReplyDelete
  46. Salam sy mempunyai masalh perut buncit LPs bersalin. Lemak sush nk trun. Klu sy nak buat rawantan sedut lemak hanya bhagian perut bole ke?

    ReplyDelete
  47. Nak tanya ubat accutane (purple) tu sesuai utk whiteheads and blackheads ke tu? Saya tak ada severe acne cuma whiteheads n sikit blackheads. Thank you.

    ReplyDelete
  48. bibir u kering sampai bila ? after stop bibir masih kering ke ? kalau minum more than 2l agak2 boleh elak tak bibir kering

    ReplyDelete
  49. Salam sis, sy nak tanye lepas sis stop ubat purple tu kulit muka jadi lagi berminyak tak ye? Mcm mne sis buat ye utk kurangkan mnyak tu. Sy mkn ubat purple tu utk 4 bulan then stop tapi muka jadi berminyak dari before consume pulak.

    ReplyDelete
  50. Hi.. sy pon buat rawatan dgn dr ko.. tp dia bg antibiotik n cream sapu je.. ubt purple x bg sbb doc ade tnya pasal pregnant.. ubt tu kuat sgt.. 2 ubt yg sy dapat pon dah brkesan.. baru nk start buat treatment facial..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat treatmnt kat doktor Ko brp kos ye ? da buat ke sis n treatment apa yg sis buat?

      Delete
  51. Haii, kulit masih maintain without jeraway ke sis?

    ReplyDelete