Wednesday, August 24, 2016

Solusi masalah jerawat dengan Klinik Ko

gambar ehsan dari Google


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis entri baru. Bulan ini merupakan bulan ketiga aku makan ubat dari Dr.Ko ni. Sebelum ni pernah pergi poliklinik dekat Kuantan dan ambil ubat untuk jerawat dan hormon namun keputusan mengecewakan (mungkin tak sesuai dengan badan aku kot). Jerawat makin berleluasa dan hampir menjajah keseluruh mukaku tapi Alhamdulillah period dah kembali teratur.

Jadi, aku tekad untuk pergi ke Klink Ko untuk dapatkan rawatan selanjutnya. Hati dah meronta-ronta sangat nak pergi klinik ni. Bermulalah perjalanan aku ke Klinik Ko ni pada 6 Jun 2016.  Waktu ni bulan Ramadhan tauuuuu.....

Pertama kali jejak kaki ke Klinik Ko, aku disambut dengan senyuman menawan para pekerja klinik. Kulit pekerja Klinik Ko pun macam kulit telur dah aku tengok. Licin bersih je. Rasa nak usap-usap je pipi diorang ni. Baru konpiden sikit aku nak jumpa doktor kat sini...heheheh
Waktu jumpa doktor (Dr.Isabel), terkedu kejap tengok doktor sebab cantik !!! Memang lagi membara la nak jadi cantik (poyo sat)....

Doktor pun analisa la kulit aku, dia kata muka aku ni berjerawat disebabkan hormon tapi dia akan bagi ubat antibiotik untuk bunuh kuman kat muka aku ni. Lepastu dia tambah lagi ubat untuk kurangkan minyak kat muka. Ubat ni warna ungu, dan dipercayai mempunyai bahan X. Aku pun tak tahu la X tu apa tapi doktor cakap ubat ni tak boleh dimakan oleh wanita mengandung sebab boleh mengakibatkan kecacatan pada janin. Tak cukup dengan tu, dia tambah lagi ubat jerawat yang aku sendiri tak tahu apa kandungan dia. Gedebak gedebuk... Total semua RM380. Oklah tu..memang ikut bajet aku tak nak lebih dari RM400.






Mula-mula doktor tanya betul ke aku nak makan ubat ni waktu bulan puasa? sebabnya ubat ni boleh buat bibir dan kulit kering yang teramat, dia cadangkan aku makan lepas raya je. Disebabkan aku betul-betul tekad, aku cakap kat dia yang aku nak jugak makan ubat ni...
Apa yang menyebabkan aku tekad sangat ialah sebab raya dah nak dekat! Aku dah penat dengan mulut saudara mara cakap pasal muka aku ni. Dah macam takda topik lain nak disembangkan. Kalau bab nak mengondem aku memang laju ajeeeeeeeee..... penat nauzibillah kalau nak bersemuka semua sanak saudara ni..................................................................................................................................................


Berbalik pada cerita aku tadi, minggu pertama makan ubat klinik ni.... bibir kering sangat-sangat. Padahal aku dah minum air banyak..sampai kembong perut nak telan.. Waktu ni tak nampak sangat perubahan kat muka. Masuk je minggu kedua, Kulit aku dah tak berminyak, kalau dulu... masuk je pukul 11 atau 12 pagi mesti berminyak macam pukul 5. tapi sekarang tak dah.. happy wooooo... Jerawat pulak dah mengecut cuma tak berkurang lagi, yela baru 2 minggu kan.


Tibanya waktu raya (cukup sebulan ambik ubat klinik), semua sanak saudara kata muka aku makin molek. hihihi. Happy kotttt.. Rasa nak nangis pun ada. So sekarang nak teruskan ubat Klinik Ko ni lepastu nak try produk dia pulak. Biar mahal tapi berbaloi. Banyak jugak tips yang doktor bagi kat aku. Contohnya macam mana nak elak muka kusam.. dia kata beli lah sunblok dia.. harga RM180. Menangis aku tgk produk dia.. secoek je ponnnn.. hahaha.. aku kata kat dia yang aku tak mampu nak beli, doktor tu pun bagi cadangan beli sunblock kat farmasi yang ada water based, spf 50++ dan bla bla bla (banyak jugak ceramah dia). Senang citer, bagitahu je doktor tu berapa bajet kita, nanti dia akan beri ubat mengikut kesesuaian bajet. Kalau tak nak beli apa-apa ubat dari Klinik Ko, sekadar jumpa doktor (consult) kena bayar consultation fees sebanyak RM50. Kalau dah beli ubat dari klinik, fees tu takkan dikira dah.


Dibawah ni aku lampirkan gambar muka aku yang tak berapa lawa ni...













Selepas 2 bulan....







Selepas 3 bulan...






Sekian sahaja kisahku pada hari ini. Assalamualaikum..