Thursday, November 10, 2016

JALAN-JALAN SYDNEY DAY 1 & DAY 2



Alhamdulillah...diberi rezeki untuk jejak ke bumi kangaroo ini lagi. Tapi kali ini ke Sydney pula. Bertolak pada 11 September 2016 jam 11.40 p.m dan tiba di Sydney pada 12 September 2016 jam 9.45 a.m. Macam biasa, kami pilih air asia sebab murah. Cuaca pula cooling jer, memang syok berjalan tak macam dekat Perth dulu.

Waktu nak masuk beratur untuk pemeriksaan kastam, ternampaklah signboard penggambaran untuk program 'Border Security'. Selalu jugak tengok siaran ni kat astro sebab my mom ni memang minat channel yang berkisarkan investigation ni. 'Border Security' ni siaran mengenai bagaimana kerajaan Australia ni melindungi negara mereka dari sebarang ancaman seperti (dadah, barang terlarang, dan lain2). So, hati-hati la kalau terbawak barang-barang pelik, nanti tak memasal dapat masuk tv free jer.



Lepas je pemeriksaan kastam, kami bergegas ke Optus (telco). Nak cari pakej internet. Selain Optus, ada juga telco lain seperti vodafone tapi sebab dah penah pakai so nak cuba pula Optus. Nanti senang sikit nak check in mana-mana. Keluar je dari airport, kami terus ke tempat teksi. Nak pergi hotel.

Sampai je hotel terus siapkan diri sebab tak sabar nak keluar jalan-jalan. Memandangkan mama book hotel kat area bandar, jadi senang la nak dapat kemudahan asas. Kami stay kat Adina Apartment Hotel sebab dah pernah stay kat Perth dulu. Apartment ni memang selesa, besar pula tu… nak masak pun seronok.

Memandangkan kami ni sampai pada 12 September (raya haji), jadi kami berpakat nak pakai jubah. Kononnya sambut raya di perantauan. Hehehe. Dah selok sangat nak berjalan tuh, terus pi Sydney Opera House. Tengok google map, dekat jer. Sekali bila dah berjalan, mak aih… nak tercabut kaki. Jauh gilerrrrr… last-last, terus naik teksi. Tapi area Sydney Opera House ni tutup sampai pukul 8.30 je. Nanti kena halau ler. Dah letih sangat berjalan, terus balik hotel dan tido.














waktu ni kami minta tolong orang ambil gambar. tak sangka pula dia ni pemabuk sebab tak nampak pun botol arak yang dia minum. Nasiib baik tak bawak lari fon.






Guard kat situ memang sengaja nak sabotaj gambo kami. tahu la dah nak tutup kawasan tu.


Keesokkan paginya, kami keluar hotel jam 8 pagi. Nak pergi free tourist guide trip dekat Hyde Park (Archibald Fountain). Al-maklumlah, ni bajet trip. Nak kuar modal sume kedekut taik idong masin. Start trip pukul 11 a.m. Nak kata trip ni free tak jugak, sebab kena bayar untuk bas (maintanence+service) berjumlah 15AUD. Lepastu, end of the trip boleh la bagi upah kepada tourist guide untuk service dia. Tak nak bagi pun takpe tapi mesti la kita rasa kesian kan.

Trip tu start dari Mrs. Macquarie's Point sampai la Bondi Beach. Jauh betul, nasib baik naik bas bukan jalan kaki. Panjang jugak la cerita yang disampaikan oleh tourist guide ni tapi tak bosan sebab tourist guide ni kelakar orangnya. 


St.Mary Cathedral. Boleh masuk dalam cathedral tapi akibat kekangan masa tak dpt den nak pi.

Hyde Park

ni otw ke Hyde Park


Ni pun sama. otw ke Hyde Park dari hotel


The Gap. Tempat famous untuk bunuh diri di Sydney.







Bondi Beach



katanya famous kat sini tapi tourist guide ni tak berhenti pun bas.

Ok la.. dah tepu otak mengadap komputer je dari pagi. Entri seterusnya akan disambung minggu hadapan. Memang aku ni jenis takleh update blog selalu, nanti cepat bosan. Adios.




Wednesday, August 24, 2016

Solusi masalah jerawat dengan Klinik Ko

gambar ehsan dari Google


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis entri baru. Bulan ini merupakan bulan ketiga aku makan ubat dari Dr.Ko ni. Sebelum ni pernah pergi poliklinik dekat Kuantan dan ambil ubat untuk jerawat dan hormon namun keputusan mengecewakan (mungkin tak sesuai dengan badan aku kot). Jerawat makin berleluasa dan hampir menjajah keseluruh mukaku tapi Alhamdulillah period dah kembali teratur.

Jadi, aku tekad untuk pergi ke Klink Ko untuk dapatkan rawatan selanjutnya. Hati dah meronta-ronta sangat nak pergi klinik ni. Bermulalah perjalanan aku ke Klinik Ko ni pada 6 Jun 2016.  Waktu ni bulan Ramadhan tauuuuu.....

Pertama kali jejak kaki ke Klinik Ko, aku disambut dengan senyuman menawan para pekerja klinik. Kulit pekerja Klinik Ko pun macam kulit telur dah aku tengok. Licin bersih je. Rasa nak usap-usap je pipi diorang ni. Baru konpiden sikit aku nak jumpa doktor kat sini...heheheh
Waktu jumpa doktor (Dr.Isabel), terkedu kejap tengok doktor sebab cantik !!! Memang lagi membara la nak jadi cantik (poyo sat)....

Doktor pun analisa la kulit aku, dia kata muka aku ni berjerawat disebabkan hormon tapi dia akan bagi ubat antibiotik untuk bunuh kuman kat muka aku ni. Lepastu dia tambah lagi ubat untuk kurangkan minyak kat muka. Ubat ni warna ungu, dan dipercayai mempunyai bahan X. Aku pun tak tahu la X tu apa tapi doktor cakap ubat ni tak boleh dimakan oleh wanita mengandung sebab boleh mengakibatkan kecacatan pada janin. Tak cukup dengan tu, dia tambah lagi ubat jerawat yang aku sendiri tak tahu apa kandungan dia. Gedebak gedebuk... Total semua RM380. Oklah tu..memang ikut bajet aku tak nak lebih dari RM400.






Mula-mula doktor tanya betul ke aku nak makan ubat ni waktu bulan puasa? sebabnya ubat ni boleh buat bibir dan kulit kering yang teramat, dia cadangkan aku makan lepas raya je. Disebabkan aku betul-betul tekad, aku cakap kat dia yang aku nak jugak makan ubat ni...
Apa yang menyebabkan aku tekad sangat ialah sebab raya dah nak dekat! Aku dah penat dengan mulut saudara mara cakap pasal muka aku ni. Dah macam takda topik lain nak disembangkan. Kalau bab nak mengondem aku memang laju ajeeeeeeeee..... penat nauzibillah kalau nak bersemuka semua sanak saudara ni..................................................................................................................................................


Berbalik pada cerita aku tadi, minggu pertama makan ubat klinik ni.... bibir kering sangat-sangat. Padahal aku dah minum air banyak..sampai kembong perut nak telan.. Waktu ni tak nampak sangat perubahan kat muka. Masuk je minggu kedua, Kulit aku dah tak berminyak, kalau dulu... masuk je pukul 11 atau 12 pagi mesti berminyak macam pukul 5. tapi sekarang tak dah.. happy wooooo... Jerawat pulak dah mengecut cuma tak berkurang lagi, yela baru 2 minggu kan.


Tibanya waktu raya (cukup sebulan ambik ubat klinik), semua sanak saudara kata muka aku makin molek. hihihi. Happy kotttt.. Rasa nak nangis pun ada. So sekarang nak teruskan ubat Klinik Ko ni lepastu nak try produk dia pulak. Biar mahal tapi berbaloi. Banyak jugak tips yang doktor bagi kat aku. Contohnya macam mana nak elak muka kusam.. dia kata beli lah sunblok dia.. harga RM180. Menangis aku tgk produk dia.. secoek je ponnnn.. hahaha.. aku kata kat dia yang aku tak mampu nak beli, doktor tu pun bagi cadangan beli sunblock kat farmasi yang ada water based, spf 50++ dan bla bla bla (banyak jugak ceramah dia). Senang citer, bagitahu je doktor tu berapa bajet kita, nanti dia akan beri ubat mengikut kesesuaian bajet. Kalau tak nak beli apa-apa ubat dari Klinik Ko, sekadar jumpa doktor (consult) kena bayar consultation fees sebanyak RM50. Kalau dah beli ubat dari klinik, fees tu takkan dikira dah.


Dibawah ni aku lampirkan gambar muka aku yang tak berapa lawa ni...













Selepas 2 bulan....







Selepas 3 bulan...






Sekian sahaja kisahku pada hari ini. Assalamualaikum..

Saturday, February 13, 2016

MELANCONG KE PERTH (Day 4 & 5)

Asalnya nak compile je day 3,4 & 5 dalam 1 entri tapi nanti jadi panjang pulak. Aku ni jenis tak suka tengok post panjang-panjang, nanti cepat boring.

Jadinya, buat asing aje ler.


Day 4
Hari keempat ni banyak menghabiskan masa disekitar bandar Perth. Pergi ke mall je dan Art Museum (last minit plan).



Sekitar bandar Perth

Waktu berjalan dekat area bandar ni, kami ternampak satu lorong kecil. Penuh dengan Art. Nama tempat tu Globe Lane. Dekat situ jugak ada satu restoran famous iaitu Jamie Oliver Restaurant.
My idol tuuuuu..


Globe Lane

Globe Lane





Ini la restorannya tapi tak buka siang hari


Tak dapat masuk, ambil gambar pun jadi ler


Lepas puas berjalan kat area Globe Lane tu, terus pi Art Museum. Sebenarnya, agak boring jugak ler museum dia atau mungkin tak sesuai untuk orang yang tak berjiwa seni macam kami ni. Kami duk lama kat situ pun sebab wifi dia.. huhuhu..



Art museum








Nak ikut jugak gaya patung ni


Lepas dah puas 'melepak' kat Art Museum, kami pun berjalan lagi...
Hari terakhir ni tak ada buat mende pun.



Jeles betul tengok coklat kat negara orang ni..hmmm











Day 5

Disebabkan flight kami pukul 6 pagi, jadi kami kena sampai airport dalam pukul 3 lebih. Memang rabak jugak la mata waktu tu. Naik teksi je, mintak concierge je call teksi. Tambang nak ke airport dalam 40 AUD. Mahal sikit sebab pagi kan.


Luar airport

Kalau rasa souvenir tak cukup lagi, boleh la beli dalam airport ni cuma harga lagi mahai ler


Itu sahaja coretanku buat kali ini. Jika diizinkan oleh-Nya, akan ku jejaki lagi negara ini. Insyaallah.
Selamat malam semua.