Saturday, February 13, 2016

MELANCONG KE PERTH (Day 4 & 5)

Asalnya nak compile je day 3,4 & 5 dalam 1 entri tapi nanti jadi panjang pulak. Aku ni jenis tak suka tengok post panjang-panjang, nanti cepat boring.

Jadinya, buat asing aje ler.


Day 4
Hari keempat ni banyak menghabiskan masa disekitar bandar Perth. Pergi ke mall je dan Art Museum (last minit plan).



Sekitar bandar Perth

Waktu berjalan dekat area bandar ni, kami ternampak satu lorong kecil. Penuh dengan Art. Nama tempat tu Globe Lane. Dekat situ jugak ada satu restoran famous iaitu Jamie Oliver Restaurant.
My idol tuuuuu..


Globe Lane

Globe Lane





Ini la restorannya tapi tak buka siang hari


Tak dapat masuk, ambil gambar pun jadi ler


Lepas puas berjalan kat area Globe Lane tu, terus pi Art Museum. Sebenarnya, agak boring jugak ler museum dia atau mungkin tak sesuai untuk orang yang tak berjiwa seni macam kami ni. Kami duk lama kat situ pun sebab wifi dia.. huhuhu..



Art museum








Nak ikut jugak gaya patung ni


Lepas dah puas 'melepak' kat Art Museum, kami pun berjalan lagi...
Hari terakhir ni tak ada buat mende pun.



Jeles betul tengok coklat kat negara orang ni..hmmm











Day 5

Disebabkan flight kami pukul 6 pagi, jadi kami kena sampai airport dalam pukul 3 lebih. Memang rabak jugak la mata waktu tu. Naik teksi je, mintak concierge je call teksi. Tambang nak ke airport dalam 40 AUD. Mahal sikit sebab pagi kan.


Luar airport

Kalau rasa souvenir tak cukup lagi, boleh la beli dalam airport ni cuma harga lagi mahai ler


Itu sahaja coretanku buat kali ini. Jika diizinkan oleh-Nya, akan ku jejaki lagi negara ini. Insyaallah.
Selamat malam semua.


MELANCONG KE PERTH (Day 3)

Salam Februari buat semua pembaca. Selepas 3 minggu tinggal blog baru hari ni ada mood nak menaip.. hehehe


Sambung balik entri hari tu.. pada hari ketiga ni.. kami sekeluarga plan nak pergi Fremantle. Fremantle ni macam pekan lama juga ler.
Untuk pengetahuan semua, Fremantle ni cuma dibuka jumaat, sabtu dan ahad serta cuti umum. Jadi kalau nak pergi Fremantle, kena plan baik- baik la.. kang pergi hari biasa, semua tutup..
Waktu kami pergi ni, merupakan 1 Januari 2016 (New Year Eve), jadi kebanyakan muzium ditutup.


Bertolak pada pukul 8 pagi, kami berjalan dari Apartment ke Perth Station (train). Naik train bak hang... Nak naik train pun dugaan jugak sebabnya nak beli tiket semua guna mesin. Kalau nak guna mesin tentulah nak duit kecil. Jadi kami kena pusing sekitar Perth Station semata-mata nak tukar duit kecil, akhirnya jumpa juga 7 eleven. Dah siap tukar duit, pergi ke mesin..buat-buat bodoh sikit.. terus pegawai kat situ datang bagi pertolongan nak beli tiket.. huhuhu



sampai juga ke destinasi yang dituju

Dah sampai je, terus ambik brochure dan maps tengok mana tempat yang menarik...


ni depan Fremantle Railway Station


Cantik betul bangunan dia


Ni tempat attraction dia tapi tak semua kami pi

Lepas keluar je dari Railway Station tu, kami berjalan jer ikut maps yang disediakan. 1st pit stop ke Fremantle Market. Takde apa pun cuma market je boleh ler cuci-cuci mata.. jangan cuci poket sudah ler.. nak cuci poket kena pi E-Shed Market.. baru seronok.. Kalau malas nak berjalan, naik bas pun boleh sebab free (naik CAT tau).


Ciri-ciri bangunan klasik



ini la dia Fremantle Market



Dah puas pusing dalam market ni, kami terus pi ke Cicerello's Fish and Chip sebab nenek dah grumpy nak makan. Ada 1 lagi kedai yang famous iaitu Kaili's Fish Market. 


Dalam perjalanan nak pergi Cicerello, terjumpa roundabout ni. cantik sangat.


Acah-acah model


Ini la dia Cicerello's. Yang kuning tu kena crop sebab patung dia agak tak senonoh




our meal of the day!!!

Dah terlalu lapar, malas nak layan mama ambil gambar


Muka bahagia kekenyangan

Dah puas makan, kami pun berjalan lagi sekitar pekan ni... banyak ambik gambar je.. lepas tu baru la pergi E-Shed Market.. Dalam E-Shed ni ada 1 kedai yang jual dengan harga murah, nama kedai dia Megabes Product. Owner dia orang Singapore. Very humble. Hah, dekat sini la aku borong sakan. Bayangkan sweater Australia harga tak sampai 10 AUD. Nak dekat 100++ jugak yang aku spent untuk souvenir kawan-kawan.

Berbeg-beg plastik nak kena usung.. ponat den.
Sebelum balik ambik gambau lagi.. huahuahua..

Luar E-Shed Markets


Fishing boat harbour


Sementara tunggu bas, duduk rilek guna wifi dia.

Dah naik bas, terus turun ke Fremantle Railway Station. Pergi semula ke Perth.
Balik hotel, letak barang dan rehat. Petang tu keluar semula nak pergi ke Crawley Edge Boatshed (blue boat house). Naik bas je. Baru hari ni kami tahu kalau beli tiket bas untuk family ride (up to 7 person), boleh pakai tiket tu untuk 1 hari. Lagi jimat tau! Just tunjuk je tiket tu kat driver bas. 



Ini la dia Crawley Edge Boatshed ataupun blue boat house. 





Kalau pandai ambil gambar macam jurugambar, mungkin boleh hasilkan gambar yang lagi menarik. Aku cumalah jurugambar amatur.




Dah puas bergambar, kami pun balik.. balik tidooooooooo.. dah penat sangat... tapi bila timbang, berat tak turun jugak.. lagi naik ada ler..