Friday, January 23, 2015

Blog baru untuk hidup baru

Assalamualaikum, pembuka bicara. Dengan ini, saya merasmikan blog saya yang ketiga.. Hihihi..
Sebelum ni dah ada dua blog. Satu untuk personal dan satu lagi untuk contest.
Tapi dah delete (macam orang takde kerja je). Sayang sangat sebenarnya, dari zaman sekolah kot. Tapi rasa menyampah pun ada bila buka blog tu sebab semua post tak matured, tak baligh gitu. Merapu pun ye jugak.
So sekarang buat blog baru nak tulis perkara yang matang sikit (sikit je okay) kalau boleh yang kena dengan jiwa saya.
Selain tu, nak baiki bahasa melayu dan cara penulisan.

Al-maklum la, zaman sekarang ni penggunaan bahasa SMS semakin berleluasa. Even budak tadika pun tahu pakai bahasa SMS. Ternganga haaa nenek atokzzz. Bahasa rojak pun sama perlu dikurangkan tapi sebab dah selalu sangat digunakan dalam percakapan harian kita, makanya agak susah nak dibaiki. Tapi takpe, slow2 cuba.

Pasni, nak berjinak jinak sikit dengan picisan inggeris..nak test sikit skill menulis dalam bahasa inggeris.
Itu sahaja dari saya 😀

Yang ikhlas,
Ms.Ze (kenapa tak boleh ubah warna nama bila update guna phone?)