Thursday, March 12, 2015

Telinga aku tersumbat.

Al-kisahnya semalam nak keluar bandar pergi interview. Interview pulak habis awal. Dengan sisa baki waktu ni la aku decide nak gi RHB bank, bukak akaun baru. Bila dah settle isi form maka aku pun pergilah kaunter. Dah settle daftar nama semua tiba-tiba cap jari takleh scan. Punya la aku tekan-tekan alat tu, sampai orang kaunter tu suruh letak losyen kat ibu jari. Cuba banyak kali pun still tak boleh. Katanya kena pergi JPN ambil surat pengesahan mengenai jap jari. Oh no. Tak nak la jadi warga asing sebab aku masih bersyukur berada dibumi Malaysia ni. Tapi aku tak pergi pun JPN instead aku pergi farmasi. Beli krim untuk tangan. Kalau ikutkan, tangan bukan kering tapi merekah sebab alahan. Alahan kat makanan laut, pedas dan sabun basuh pinggan. Itulah punca-punca mengapa tanganku jadi begini 
Berbalik pada topik asal. Pada hari yang sama juga aku pergi Klinik Kesihatan Beserah. Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku korek telinga pakai cotton bud, tengah syok korek dgn Ummphh dia..... Tiba-tiba telinga berdengung.... Ahhhh sudahhhh..
Jangan cakap kapas tertinggal dalam telinga lagi!!! Aku pun tarik slow-slow takut bebeno kalau kejadian yang sama berulang lagi. Alhamdulillah kapas masih berada diposisi asalnya cuma kapas menjadi sedikit panjang. Yang menjadi masalahnya, telinga makin kurang jelas (pekak). Sampaikan orang cakap apa pun aku cuma mampu sengih. Macam kera dah. Sengih je memanjang.
Aku cakap la kat abang aku. Aku agak rapat juga la dengan abang aku tu. Aku cerita masalah dunia aku ni kat dia. Dia suruh pergi tembak telinga. First time aku dengar orang kena tembak telinga. Rupa-rupanya tembak telinga tu macam nak bersihkan telinga yang tersumbat, selalunya kanak-kanak la tapi aku punya kes ni lain beb. Lain.
Pada mulanya aku nak pergi Klinik Suffimas sebab waktu tu lunch hour, aku malas nak menunggu so decide nak but dekat swasta je. Tapi klinik tu takde servis tembak telinga ni. Terpaksa juga la pergi Klinik Kesihatan Beserah tu tapi takpe dekat je dan staf-staf situ pun baik-baik belaka. Bila dah ambik nombor lama jugak la menunggu doktor memanggil. Bila nombor aku dah naik, aku pun melangkah masuk bilik doktor. Doktor pun tanya apa masalah aku, tapi takkan la aku nak jawab yang aku ni pekak. Nampak sangat aku punya masalah ni besar sangat. So aku pun cakap la yang telinga kiri aku ni kurang pendengaran. Doktor pun cek la telinga kiri aku tu. Dia cakap taik telinga keras. Macam mana tak keras, berapa lama dah tak korek gara-gara insiden kapas lekat dalam telinga. Lepas tu doktor tu pun nak cek belah kanan, kalau ikutkan aku tak nak, sebab telinga kanan takde masalah pun. Keputusannya lagi memeranjatkan! Taik dalam telinga kanan lagi banyak dari kiri dan hampir menutup gua telingaku. I was like whatttt? Seriously?
Aku la yang banyak terkejutnyer sebab telinga kanan aku lagi jelas berfungsi dari kiri. Jadi macam mana aku boleh mendengar? So doktor suruh nurse tembak telinga aku. Aku pun pergi la dengan rela hati ke bilik tersebut. Masuk je bilik tu, ada dua pelajar praktikal. Dalam hati aku 'alamak, takkan aku jadi eksperimen student praktikal pulak'. Tapi nasib agak menyebelahi aku jugak la, yang tembak telinga aku tu nurse. Student tu cuma memerhati je. Masa nurse masukkan syringe dalam telinga tu, memang tak rasa apa-apa pun tapi sekali dia tekan syringe berisi air tu, mau tak gelinya. Macam air laut masuk telinga. Siap boleh dengar bunyi air lagi. Shruuuttt creetttt gitu.
Nurse yang tembak tu telingaku kata taik dalam telinga dah keras, sepatutnya pakai ubat untuk lembutkan taik tu dulu. Tapi disebabkan doktor  suruh inject telinga ni haaa... Jawabnya kena sembur la telinga ni. Telinga kiri settle, turn telinga kanan pulak. Nauzubillah. Punya la lama nak tunggu ketulan emas tu keluar. Berapa kali dah nurse tu inject kat telinga kanan. Akhirnya keluar juga. Kesan dari tembak telinga tu, kepala aku agak pening sikit. Tapi kejap je sebab fluid dalam telinga tak balance. Itu fizik dari pandangan aku je la. Penjelasan sebenarnya... Kena la tanya para pendidik. Lepas settle tembak telinga, pergi balik kat doktor. Doktor cakap telinga kanan dah bersih, yang kiri pulak. Hmmm. Bengkak. Sebab kena jangkitan kuman. Doktor pun bagi la ubat titis, ubat antibiotik, ubat gatal dan ubat demam. Kot-kot la aku demam ker. So sekarang ni aku kena rajin jaga telinga aku. Senang citer jaga hygiene aku. Aku taknak pisang berbuah dua kali dah. Tapi rasanya lepas kena tembak telinga ni, tak yah dah korek telinga selama sebulan dua ker. Untung jugak kat situ. Lepasni nak kena cari pengorek besi la jawabnyer.
Btw, doktor yang cek tu hensem jugak... Cair dibuatnyer dan doakan aku berjaya dapatkan kerja yang aku nak ✌
Aminnn
Ms.Zee

Friday, January 23, 2015

Blog baru untuk hidup baru

Assalamualaikum, pembuka bicara. Dengan ini, saya merasmikan blog saya yang ketiga.. Hihihi..
Sebelum ni dah ada dua blog. Satu untuk personal dan satu lagi untuk contest.
Tapi dah delete (macam orang takde kerja je). Sayang sangat sebenarnya, dari zaman sekolah kot. Tapi rasa menyampah pun ada bila buka blog tu sebab semua post tak matured, tak baligh gitu. Merapu pun ye jugak.
So sekarang buat blog baru nak tulis perkara yang matang sikit (sikit je okay) kalau boleh yang kena dengan jiwa saya.
Selain tu, nak baiki bahasa melayu dan cara penulisan.

Al-maklum la, zaman sekarang ni penggunaan bahasa SMS semakin berleluasa. Even budak tadika pun tahu pakai bahasa SMS. Ternganga haaa nenek atokzzz. Bahasa rojak pun sama perlu dikurangkan tapi sebab dah selalu sangat digunakan dalam percakapan harian kita, makanya agak susah nak dibaiki. Tapi takpe, slow2 cuba.

Pasni, nak berjinak jinak sikit dengan picisan inggeris..nak test sikit skill menulis dalam bahasa inggeris.
Itu sahaja dari saya 😀

Yang ikhlas,
Ms.Ze (kenapa tak boleh ubah warna nama bila update guna phone?)